Wednesday, 19 December 2012
kehilangan...al-fatihah 15.12.12
detik 15.12.12 tidak mungkin dapat lisa lupakan.lisa dah kehilangan orang yang tersayang ,iaitu tokwan lisa md yusoff b.ahmad..YA ALLAH..tempatkanlah beliau dalam kalangan hambaMu yang soleh dan beriman..ajal dan maut DIA yang tentukan...dan ya ,kita semua pun akan pergi juga meninggalkan kelazatan dunia ini suatu hari nanti..cuma bila?entahla.. kita sendiri pun tak tahu...mungkin esok mungkin lusa atau mungkin sebentar lagi?apa yang kita harapkan semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik..mudah-mudahan...
Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin
dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan,
tumbuhan, jin, Syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai
mati.
Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat
baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu.
Hakikat kematian seringkali
dilupakan oleh
kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia
yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan
sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini
semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut
datang mencabut nyawanya. Ramai di antara kita lupa akan janji Allah
s.w.t dalam firman-Nya :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)
Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang
dijanjikan-Nya. Sekalipun janji al-Malik itu benar, namun sedikit sekali
yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut.
Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata,
kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang
memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:
"Di mana pun kamu berada,
kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu
berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78)
Wahai saudaraku, maut tidak pernah melupakan kita walau sesaat. Maut
tidak pernah jauh dari kita bahkan semakin dekat, dan mendekat dari hari
ke hari.
Sekalipun ia hampir dengan kita, tidak pula ia memberi amaran dan peringatan bahawa nyawa berada di hujung usia.
Tiada siapa yang akan tahu bila ajalnya tiba. Ada yang menemui ajal
ketika sedang sujud kepada Allah, dan ada pula ketika sedang bermaksiat
dan menderhakai Allah.
Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga setiap masa. Hiasilah diri dan
minda agar mudah ingat kepada kematian supaya kita tidak lupa destinasi
utama yang ingin dituju kelak.
Pernah diceritakan di Mekah, terdapat seorang ulama' yang sentiasa menutup setiap percakapannya dengan kalimah
"Allah".
Jika diberi salam kepadanya, beliau akan menjawab "waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh- Allah". Apa khabar?- Allah, Selamat Petang-
Allah. Beliau menutup semua percakapannya dengan menyebut nama Allah
s.w.t. Maha suci Allah, beliau berkata sedemikian kerana bimbang beliau
mati tanpa menyebut nama Allah kerana beliau tidak tahu bila ajal akan
menjemputnya.
Begitulah mereka yang sentiasa berjaga-jaga terhadap kematian, tidak pernah lupa padanya.
Ingatlah wahai diriku dan semua saudaraku, dunia ini adalah fana.
Jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa kepada tempat kita kembali nanti.
Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan
soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka
bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat
semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk
mendustakannya. Firman Allah s.w.t :
"Katakanlah (Wahai
Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti
akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang
Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu
apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)
Semoga taufik dan hidayah Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua
agar kita tidak lupa tabir kematian yang menanti setiap waktu.
insya-Allah.

Site Mistress
YOUR NAME HERE

[[ 06 September 2011 ]]
Hey! Im
alissa nadira. Born at
25th nov 1993. From
jitra,kedah and studying at
pre-u of SMK DATO ONN.I LOVE MY FAMILY SO MUCH !!.
And I got a Persona named
MIMIEE since i was a kid..
! I hate exams and homeworks.
Studying sucks but i have to go with the floww. I always brought my headphone anywhere. And
I Love Ariff basir.<3
WishList
Be taller than ARIFF :p
Loves & Hates
♥ALLAH
♥MY BELOVED FAMILY+ARIFF+FRIENDS
X durian
X Mr+MS proopa
X hot day
Clubs
I'm a member of
YOUR CLUBS BANNER HERE. :)
Kisah KITA bermula di MUKA BUKU!LISA sangat sangat menyayangi ariff..banyak kan dugaan dalam hubungan kita ni?tapi kita tak give up kan?doa yang selalu lisa panjatkan padaNYA moga saja kita disatukan dalam ikatan yang halal kelak..insyaallah..(:
Contest Banner Here (:
Your awards here. ^__^
Friends and Affies
Leaving Already ?
A - B - C
More Credits
ThankYou Soo Much!
Layout done by, -xCherrie
Others: I HEART YOU
-Forever Loving you-
When you look up,
into the star filled sky,
any day I'd surrender
for you I would die.
I promise with the moon
and the stars way above,
I'll dream of you forever,
to only you I send my love.
I'll lye with you forever,
until the sun should burn out-
I want to lie forever,
please never have a doubt.
I make this promise,
and it's intended to keep,
until earth's day
without any peak
I'll be yours,
till the end of life.
I've always dreamed
I'd be your wife.
But life will end
the sun will die
the stars will stop
I'll get up from where we lye..
Love CAN be forever,
and this time it is, and true
because now until forever,
I'll swear that I love you.
to:ARIFF BASIR (: