Sunday, 2 September 2012
TERINGIN KE SANA..YA KE SANA :)
mudah-mudahan sebelum menutup mata .sebelum pergi selama-lamanya..sebelum meninggalkan apa yang ada.lisa teringin nak p ke sana.ya ke sana..ke mana?ke tanah suci MEKAH :) lisa yakin setiap daripada kita umat ISLAM pasti mempunyai keinginan hendak pergi ke rumah ALLAH ..same goes to me..kalau lah ada pitih yang banyak,memang tak cakap banyak..memang nak p sangat dengan tok,tokwan dengan family...YA ALLAH...teringin...teringin menjejakkan kaki ke sana ...berdoa di hadapan masjidilharam ...siapa tak teringin?pada yang sudah menjejakkan kaki ke sana,tolong memahami bahawa saya sangat cemburu dengan anda..wahai anda .!beruntunglah dapat ke sana..dapat lihat rumah ALLAH..dapat melakukan amal ibadat di sana ...insyaALLAH....satu hari nanti ..pergi dengan suami pun lagi best kan..tunaikan ibadah bersama-sama.indahnya dunia...
cantik kan :')
motif gambar ni?hehe :)
alhamdulillah ..terima kasih YA ALLAH
ALLAH ...ALLAH...ALLAH...terima kasih kerana telah memberiku hidayah..alhamdulillah :) segala nikmatMU terhadapku begitu besar ...bantulah hambaMu ini dalam menempuhi onak duri kehidupan ini...terasa bahagia itu ada di mana-mana..semoga saja saya lebih istiqomah....insyaALLAH ...
semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk saya,awak dan kita semua :)
Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah
sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta
rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu
program atau projek besar iaitu "
Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "
Permudahkan Proses Perkahwinan"
terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi
material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama
mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan
oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau
menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan
sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia
agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak
terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa
keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan
perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta
nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat
dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan
prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu
terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh
dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut
beberapa contoh) :
- Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
- Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
- Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
- Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
- Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
- Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
- Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah
Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai
Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal
serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti
(sekadar menyebut beberapa contoh) :
- Masih menuntut di kolej atau universiti
- Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
- Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah
dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua
pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing
sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan
mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang
besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan
Nikah Gantung ini ialah mereka adalah
pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang
negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating,
study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan
hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak
haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik
terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah
nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan
diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi
itu dengan bangga dan bermaruah.
Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran
rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari
pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan
keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan
mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan
mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak
yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai
masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan
mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya
Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam
masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan,
ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi
mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya
pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara
pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama
Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan
Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah
Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen
Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama'
ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini
Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah
berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka
bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah
terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang
dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal
berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya
sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin
(jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah
zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa
pandangan :
a]
Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn
Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad,
maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada
isterinya.
b]
Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu
hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti
isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh
melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri
tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak
diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum
berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama,
maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami
isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu
sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang
sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan
bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama,
ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar
mereka
kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah
gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah
pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan
teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak
dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja
maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling
ditakuti.
#artikel di copy dari:iluvislam :)